Bagaimana untuk melakukan Pengguguran dengan pil?

 

Abortion pills orange.jpg

Adalah amat penting untuk anda mengetahui usia kehamilan anda. Adakah anda telah menjalani ujian kehamilan untuk mengesahkan kehamilan anda? Sekiranya anda tidak boleh menjalani ujian ultrasound, sila kira tempoh kehamilan dengan mengira bilangan hari sejak hari pertama tempoh haid terakhir anda.

Sekiranya anda hamil kurang dari 12 minggu dan tidak mempunyai akses kepada pengguguran yang selamat atau tidak boleh pergi ke negara di mana perkhidmatan pengguguran selamat ditawarkan, anda boleh:

1- Memohon perkhidmatan Women on Web untuk bantuan: https://www.womenonweb.org/ms/i-need-an-abortion

atau

2- Cuba dapatkan 12 tablet pil Misoprostol dari farmasi tempatan atau dari sumber yang boleh dipercayai. Misoprostol mempunyai banyak nama jenama yang berlainan, jadi untuk mengetahui nama jenama yang tersedia di negara anda, sila ke:
http://www.womenonwaves.org/en/map/country.

Di kebanyakan negara, pihak farmasi akan meminta preskripsi dari doktor, tetapi kadang-kala anda boleh mendapatkan ubat-ubatan tersebut tanpa preskripsi sekiranya anda tabah/gigih dan memberitahu bahawa ia adalah untuk ubat ulser (Cytotec), atau buat arthritis buat nenek anda (Arthrotec atau Oxaprost, yang juga mengandungi ubat penahan sakit Diclofenac)

Jangan berhenti selepas “Tidak” yang pertama! Teruskannya!

Anda memerlukan 12 pil (200mcg setiap satu). Anda boleh mendapatkan maklumat lengkat mengenai kaedah pengguguran ini di sini:
http://www.womenonwaves.org/en/page/702/how-to-do-an-abortion-with-pills-misoprostol-cytotec

Anda perlu tiba ke hospital dalam masa 60 minit untuk kes terpencil di mana berlakunya komplikasi kecemasan.

Jika anda pernah menjalani pembedahan Caesarian, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami pendarahan yang berat, jadi anda perlu berada berhampiran atau di dalam hospital ketika menjalani proses pengguguran secara perubatan. Sekiranya anda telah menjalani lebih dari satu pembedahan Caesarean, dan usia kehamilan anda adalah lebih dari 12 minggu, anda mempunyai risiko kecil yang akan meningkat untuk pecah rahim. Ini amat jarang berlaku, tetapi ia adalah komplikasi yang amat berbahaya dan memerlukan rawatan kecemasan yang segera di hospital. Jadi sekiranya anda mengalami rasa sakit yang berpanjangan dan semakin meningkat semasa atau selepas melakukan proses pengguguran secara perubatan, anda perlu ke hospital dengan kadar yang segera.

Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan Caesarean: berapa kalikah, bila, apakah sebabnya, dan adakah ia sembuh sepenuhnya?

Anda boleh membaca maklumat mengenai BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN UBAT-UBATAN, APA YANG PERLU DIJANGKA dan TANDA-TANDA KOMPLIKASI di bawah ini:

Sila e-mel kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.

 

BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN UBAT-UBATAN

Elakkan dari minum minum beralkohol atau makan makanan yang berat pada hari anda menggunakan Misoprostol, anda boleh makan dan minum sesuka hati anda untuk hari-hari yang seterusnya.

Anda memerlukan 12 tablet Misoprostol (200mcg setiap satu).

Ikuti langkah-langkah ini:

1 – Letakkan 4 pil Misoprostol (200mcg) di bawah lidah anda dan biarkannya di situ selama sekurang-kurangnya 30 minit. Anda boleh menelan air liur anda, tetapi sila elakkan dari makan atau minum semasa tablet sedang larut. Selepas 30 minit, anda perlu meludah keluar sebarang sisa-sisa pil (terutamanya jika anda menggunakan ubat yang dipanggil Oxaprost atau Arthotec kerana ia mengandungi Diclofenac dan boleh memudaratkan kesihatan anda jika anda mengambilnya terlalu banyak).

2 - 3 jam kemudian, letakkan 4 pil Misoprostol (200mcg) di bawah lidah anda dan biarkannya di situ selama sekurang-kurangnya 30 minit.

3 - 3 jam kemudian, letakkan 4 pil Misoprostol (200mcg) di bawah lidah anda dan biarkannya di situ selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Adalah penting untuk menggunakan dos kedua dan ketiga Misoprostol walaupun anda sudah mula mengalami pendarahan dan merasakan bahawa pengguguran sudah berlaku. Dos-dos ini akan membantu untuk memastikan proses pengguguran berlaku dengan sempurna dan mengurangkan keperluan anda untuk mendapatkan sebarang bantuan perubatan.

Kami amat menyarankan anda untuk menggunakan Misoprostol di bawah lidah anda. Dengan cara ini, tiada sisa pil boleh ditemui sekiranya anda perlu ke hospital. Tiada ujian darah yang dapat menunjukkan bahawa anda telah mengambil Misoprostol, jadi tidak akan ada cara untuk membuktikan bahawa anda telah cuba untuk melakukan pengguguran.

APA YANG PERLU DIJANGKA

Biasanya pendarahan akan bermula 4-6 jam selepas menggunakan dos pertama Misoprostol, tetapi ia juga boleh bermula seawal sejam selepas penggunaan, dan kadang-kala ia berlaku hanya setelah 12-24 jam penggunaan. Anda mungkin akan mengalami kesakitan, kekejangan, pendarahan yang lebih berat daripada haid, dengan gumpalan darah. Semakin matang usia kehamilan, semakin kuat kekejangan dan pendarahan yang akan dirasakan.

Para wanita juga akan mengalami loya, muntah, cirit-birit, dan menggigil, ini adalah kesan normal Misoprostol.

Apabila proses pengguguran selesai, kekejangan dan pendarahan akan berkurangan secara beransur-ansur.

Adalah normal untuk pendarahan menjadi lebih ringan dan berkurangan secara beransur-ansur dalam tempoh 1-4 minggu, atau mungkin lebih lama lagi. Haid pertama sepatutnya akan tiba 4-6 minggu selepas pengguguran, walaupun ia boleh mengambil masa yang lebih lama. Anda harus menggunakan tuala wanita, jangan gunakan tampon.

Seleaps 3 minggu, sila jalani ujian kehamilan untuk mengesahkan bahawa kehamilan anda telah berakhir.

Sekiranya anda tidak mengalami pendarahan, atau hanya ada sedikit darah yang keluar selepas menggunakan ubat-ubatan ini atau keputusan ujian kehamilan masih lagi positif selepas 3 minggu, sila berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan ujian ultrasound. Ada kemungkinan bahawa:

1) Jika anda tidak mengalami kegigilan, kekejangan, demam, kesakitan atau loya, anda mungkin telah menggunakan pil yang bukan Misoprostol. Ubat yang telah anda gunakan adalah palsu dan bukan Misoprostol asli.

2) Penggunaan Misoprostol sahaja adalah 75-90% berkesan dan tidak selalunya akan menyebabkan pengguguran. Sekiranya anda pasti anda mempunyai Misoprostol yang asli, anda boleh cuba lagi selepas 3 hari.

3) Ubat-ubatan tersebut telah diambil dengan cara yang salah.

4) Anda mengalami kehamilan ektopik, iaitu kehamilan di luar rahim. Misoprostol tidak akan berkesan di dalam kes ini dan anda perlu berjumpa doktor DENGAN SEGERA. Tanda untuk situasi ini adalah kesakitan yang semakin meningkat pada satu sisi di bahagian bawah abdomen. Sila baca: https://www.womenonweb.org/en/page/525/in-collection/6903/what-is-an-ectopic-pregnancy-and-how-do-you-know-you-have-one. Diagnosis hanya boleh dilakukan melalui ujian ultrasound.

Sekiranya anda mengalami kehamilan ektopik atau kehamilan berterusan, tanda-tanda kehamilan (jika ada sebelum ini) seperti loya, payudara bengkak dll. akan kekal.

 

TANDA-TANDA KOMPLIKASI

Sekiranya anda mengalami salah satu tanda-tanda komplikasi di bawah, anda perlu berjumpa dengan doktor dengan kadar segera:

 

(1) Pendarahan berat (pendarahan yang membasahkan lebih dari 2 tuala wanita maxi setiap jam, selama 2 jam atau lebih. Ia adalah pendarahan seperti paip yang terbuka, tetapi tanpa tekanan); ); Dalam kes pendarahan berat seperti ini, anda perlu segera mengambil 2 tablet tambahan Misoprostol di bawah lidah dan pergi ke hospital dengan segera. Telan atau ludahkan pil tersebut sebelum anda memasuki hospital.

(2) Demam setinggi suhu 38-39º pada bila-bila masa, yang berlanjutan selama lebih dari 24 jam;

(3) Kesakitan yang kuat dan berterusan yang tidak berkurangan atau hilang dalam masa beberapa hari selepas melakukan pengguguran walaupun anda menggunakan ubat penahan sakit.

(4) Lelehan faraj yang tidak normal (dari segi warna, tekstur dan/atau bau).

Sekiranya anda pergi ke hospital, anda boleh memberitahu doktor bahawa anda rasa anda mungkin sedang mengalami keguguran. Tanda-tanda dan rawatan adalah sama untuk keguguran atau pengguguran, dan para doktor tahu bagaimana untuk cara menangani keguguran.

 

UBAT PENAHAN SAKIT

Para wanita kebiasaannya akan merasa kekejangan otot setelah menggunakan Misoprostol. Anda perlu menggunakan ubat penahan sakit seperti Ibuprofen atau Diclofenac (keduanya adalah contoh ubat penahan sakit yang paling berkesan) atau Paracetamol.  Kebanyakan wanita mendapati mereka boleh menangani kesakitan apabila mereka menggunakan ubat penahan sakit. Adalah lebih baik sekiranya anda mula menggunakan ubat penahan sakit 1 jam sebelum mengambil dos pertama Misoprostol dan menggunakan dos yang maksimum pada hari anda menggunakan Misoprostol.

Sila baca arahan penggunaan pada bungkusan ubat penahan sakit yang anda perolehi untuk dos maksimum yang anda boleh gunakan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini: http://www.womenonweb.org/article-2092-en.html

Sesetengah jenama yang mengandungi Misoprostol (seperti Artrotec atau Oxaprost) sebenarnya adalah gabungan Misoprosol dengan ubat penahan sakit seperti Diclofenac. Arthrotec tersedia dalam jenis sama ada Arthrotec 50 atau Arthrotec 75. Nombor-nombor ini merujuk kepada jumlah kandungan Diclofenac dalam setiap pil. Jumlah Misoprostol tetap sama - 200 mcg. Setiap pil diperbuat daripada tablet kecil Diclofenac yang disaluti dengan lapisan tebal Misoprostol. Sekiranya anda memecahkan pil tersebut, anda boleh melihatnya dengan jelas. Misoprostol adalah lebih lembut dan akan larut atau hancur dengan lebih mudah berbanding Diclofenac.

Teruskan berhubung dan sila maklumkan perkembangan anda kepada kami.